Sunday, August 23, 2009

khasiat buah-buahan tempatan

Khasiat buah-buahan tempatan

Kurma- Hindar Gangguan Usus Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

PisangMerawat Kudis dan Luka Pisang - atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

Mangga- Penawar Penyakit Hernia Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Belimbing- Merawat Kencing Manis Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Ciku- Penawar Buang Air Berdarah Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi - Pelbagai Khasiat

Tembikai - Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Betik - Selesaikan Sembelit - Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah

KESIMPULAN - Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

PERSATUAN PENGGUNA UPSI,
http://persatuanpenggunaupsi.blogspot.com/2008/01/khasiat-buah-buahan-tempatan.html
Susu ibu penyelamat bayi
Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
BAYANGKAN situasi ini. Anda berada di tempat kejadian satu kemalangan yang mana melibatkan sebuah keluarga. Si ibu mengalami kecederaan parah, begitu juga dengan bapa dan ahli keluarga yang lain.
Kuasa Tuhan, bayi kecil dalam keluarga tersebut terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
Bayi tadi menangis dengan kuat sekali, mungkin mencari ibunya atau mungkin juga kelaparan. Apa yang akan anda lakukan?
Situasi ini mungkin tepat untuk dikaitkan dengan tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini yang disambut bermula semalam hingga 7 Ogos.
"Penyusuan Susu Ibu: Tindak balas penting ketika kecemasan. Sudahkah anda bersedia?" nampaknya memberi sudut pandangan yang berbeza berbanding tema-tema sebelumnya.
Menurut Prof Dr. Jamiyah Hassan, jika mengikut takrifan yang diberi oleh Perikatan Tindakan Penyusuan Susu Ibu Sedunia (WABA), ia lebih kepada tindak balas ketika bencana alam seperti kejadian gempa bumi, tsunami, tanah runtuh dan juga ketika perang.
Namun dalam konteks negara kita yang tidak dilanda musibah alam yang dahsyat, ia boleh diterjemahkan dengan maksud yang berbeza contohnya seperti situasi di atas.
"Lebih tepat kalau kita terjemahkan ia kepada kecemasan atau darurat," ujar beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Susu Ibu, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Selain itu katanya, kecemasan juga boleh dikaitkan dengan keadaan ibu-ibu yang mengalami masalah ketika menyusukan anak untuk kali pertama.
"Misalnya ibu mengalami masalah untuk menyusu di tengah malam dan bayinya menangis berterusan kerana kelaparan. Jadi bagaimana suami atau individu terdekat ibu ini boleh membantu mengatasi masalah tersebut. Ini juga merupakan satu situasi kecemasan yang perlu ditangani dengan tindakbalas yang bersesuaian," ujarnya yang juga merupakan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Jabatan Obstetrik & Ginekologi, Universiti Malaya.
Sejajar dengan itu katanya, semua pihak terutama suami perlu dididik dengan pengetahuan mengenai kepentingan dan kebaikan penyusuan susu ibu terutama kepada bayi berusia di bawah enam bulan. Ini bagi membolehkan mereka bertindak dengan sewajarnya tatkala berlaku kecemasan atau bencana.
"Kami di PPUM sentiasa bersedia untuk berdepan dengan situasi sebegini. Boleh dikatakan hampir separuh daripada doktor dan kakitangan di sini dilatih dengan kemahiran serta pengetahuan mengenai penyusuan susu ibu," ujar beliau.
Bencana
Sementara itu, bila bercakap mengenai bencana katanya, antara yang biasa melanda negara ini pastinya banjir yang berlaku setiap tahun tidak kira di mana.
Ketika ini pastinya bekalan air bersih susah didapati. Bagi mereka yang menyusu bayi menggunakan susu formula, pasti akan berdepan dengan masalah untuk mendapatkan air bersih bagi membancuh susu dan juga mencuci perkakasan menyusu.
"Susu formula tidak menawarkan perlindungan imunisasi dan boleh membahayakan mekanisme pertahanan usus. bayi. Secara tidak langsung memudahkan jangkitan penyakit berlaku," katanya.
Bantuan susu ibu
Dalam situasi tertentu seperti ibu yang tidak dapat menyusu kerana masalah tertentu seperti sakit dan sebagainya kata Prof. Dr. Jamiyah, tindakan pantas seperti mendapatkan seorang ibu yang boleh menyusu mampu membantu menyelesaikan masalah ini.
"Di Malaysia kita belum ada bank susu seperti mana yang terdapat di beberapa negara maju. Namun jika berlaku kecemasan kita masih mempunyai pelan bantuan sampingan seperti mendapatkan seorang ibu yang sedang menyusu," katanya.
Ditanya mengenai sensitiviti masyarakat mengenai ibu susuan katanya, dalam waktu kecemasan pastinya kita akan ketepikan hal-hal lain.
"Apa yang penting adalah menyelamatkan bayi tersebut. Katakan anda seorang ibu yang boleh menyusu dan berada di tempat bencana, lalu ternampak seorang bayi kecil yang meraung, sanggupkah anda melihat bayi tersebut berterusan menangis tanpa memberi bantuan?" soal beliau.
Jelasnya lagi, dalam keadaan kecemasan pasti sesiapa saja akan menghulurkan bantuan tidak mengira kaum dan juga agama.
Dalam kes tertentu kata beliau, mungkin bantuan susu daripada ibu yang menyimpan stok dengan begitu banyak boleh membantu.
"Kita ada mengenali beberapa ibu yang mana berbuat demikian. Maka bila berlaku sesuatu kecemasan, kita akan meminta kebenaran ibu tadi dan juga suaminya untuk mendapatkan bekalan susu bagi membantu bayi kecil yang kelaparan," katanya.
Kesedaran
Ditanya mengenai kesedaran terhadap penyusuan susu ibu di Malaysia Prof. Dr. Jamiyah berkata, ia semakin meningkat terutama di kalangan ibu bapa muda.
"Kini kelibat wanita menyusukan anak dengan susu ibu boleh dilihat di mana-mana. Malah, kalau kita tengok di merata tempat misalnya kompleks membeli-belah, lapangan terbang dan hotel sudah mempunyai tempat khas penyusuan bayi. Ini memberi petunjuk yang baik tentang tahap kesedaran masyarakat mengenai kebaikan susu ibu," katanya.
Menurutnya, merujuk kepada data ibu-ibu yang melahirkan anak di PPUM, jumlah mereka yang memberi susu badan secara eksklusif (enam bulan pertama tanpa sebarang suplemen lain) melebihi 30 peratus.
Walaupun bilangan masih rendah kata beliau, ia sebenarnya sudah meningkat berbanding sebelumnya.
"Kita telah mengenalpasti beberapa kekangan penyusuan eksklusif terutama bagi wanita berkerja. Kerana itu kami menyeru kepada majikan agar memberi sedikit kelonggaran kepada ibu yang menyusu bagi membolehkan mereka memberi penyusuan eksklusif," katanya beliau.
Selain itu katanya, peranan suami dalam menjayakan penyusuan eksklusif amatlah penting.
"Dalam banyak aktiviti yang kami jalankan, saya menggalakkan suami untuk hadir bersama, supaya mereka faham dan tahu mengenai kepentingan serta kebaikan penyusuan susu ibu," katanya.
KASIH sayang yang erat terjalin tatkala si ibu menyusukan anaknya.

Monday, August 10, 2009